CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Friday, January 9, 2009

Tips Menjadi Tumpuan Ramai

Ingin jadi tumpuan? Mungkin itu yang berlegar di fikiran terutama mereka yang masih tercari-cari teman.

Jika perasaan malu masih menebal, kikislah perasaan itu seadanya kerana malu biarlah bertempat. Panduan berikut mungkin boleh dijadikan sandaran jika ingin menjadi perhatian sekali gus menambahkan kenalan.

- Harus selalu dilihat

Buatlah sasaran untuk berkenalan dengan orang lain setiap hari. Jika tidak kisah, bolehlah meninggalkan nombor telefon atau kad nama untuk dihubungi.

- Pandangan pertama sangat penting

Pastikan penampilan anda sempurna setiap kali bertemu kenalan baru. Gunakan bahasa tubuh, tersenyum, jangan bergosip dan jadilah pendengar yang baik.

- Ramah dan profesional

Datang tepat pada waktunya dengan mengirimkan kad terima kasih apabila bekerjasama dengan orang lain. Anda diingati kerana menghargai orang lain.

- Bergaul dengan kelompok profesional

Ia tempat yang sesuai untuk belajar menjadi individu berjaya.

- Bersahabat dengan orang yang sudah dikenali

Pastikan anda bersahabat dengan rakan yang dikenali ramai, secara tidak langsung diri anda turut menerima tempiasnya. Pastikan dikenali kerana perkara yang baik dan bukannya negatif.

- Aktif dalam kegiatan sosial

Ramah dan ringan tangan membantu menjayakan program yang diadakan dalam komuniti anda.

- Bersikap baik

Jika kita membuat kesilapan, segera memohon maaf dan ciptakan peluang melakukan lebih baik lagi.

- Keutamaan penampilan

Pastikan anda tahu peraturan berpakaian yang sesuai untuk setiap acara diikuti. Sekiranya masih ragu-ragu, pilihlah busana yang paling selamat untuk dipakai. Kenakan solekan yang sesuai dan tidak berlebihan.

- Ciptakan hubungan

Sasarannya adalah orang penting yang berjaya. Minta pandangan mereka dan kemudian praktikkan nasihat serta pandangan diberikan.

- Bekerja keras

Tawarkan kerjasama kepada kenalan baru, catat semua pertemuan dan tambahkan daftar baru setiap kali bertemu dengan rakan baru. Catat segala perkembangan dan kemungkinan yang wujud daripada pertemuan itu..


0 kiss Me: