CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, January 17, 2009

Petua Rambur Bersinar

* Menggunting Hujung Rambut

Menggunting hujung rambut secara teratur adalah salah satu cara untuk memiliki rambut yang sihat. Menggunting hujung rambut sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu sekali akan menjadikan

rambut kelihatan segar dan bermaya. namun,jika rambut anda tidak sihat di sebabkan oleh pewarnaan

atau terkena klorin kerana aktiviti berenang anda bolehlah menggunting dengan lebih kerap.

* Rambut Segera Bersinar

Anda sedang terburu-buru menuju ke acara penting tetapi rambut kelihatan kusam? Berikansentuhan dengan produk-produk yang menjadikan rambut anda lebih halus dan berkilau. Gunakan produk pengilat rambut. Sapukan sedikit pada sikat lalu sisir di bahagian luar rambut.

* Berikan Perlindungan

Sebaiknya lindungi rambut anda daripada kepanasan pengering rambut yang berlebihan. Jika sukar melakukannya, gunakan produk yang bersifat melindungi daripada kepanasan contohnya syampu dan perapi khusus untuk rambut yang diwarnakan.

* Panas Minimum

Keadaan rambut yang kering akan menjadikan rambut kelihatan kusam serta pecah-pecah. Oleh itu, apabila anda menggunakan blow dryer pasanglah nozzle di hujung pengering rambut atau boleh menggunakan kepanasan yang minimum.

* Cuci Rambut Dengan Air Hangat

Sewaktu mencuci rambut, gunakan air hangat seterusnya bilas dengan air sejuk. Kutikel rambut akan tertutup menyebabkan cahaya terpantul pada rambut.

0 kiss Me: