CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 16, 2009

Program Reality

Tadi baby ade ternampak iklan Ujibakat Akademi Fantasia Musim Baru... yang bermula pada minggu ni di Bukit Jalil.... hmmmm rasanya semua dah tau akan aura dan kehangatan Akademi Fantasia.. sebuah rancangan realiti yang menyerlahkan bakat dalam seni nyanyian yang menggunakan khidmat pesanan ringkas sebagai penentu naseb para pelajarnya...

sebenarnya bukan nak sentuh akademi fantasia sahaja... tp kalau kita lihat sekarang pelbagai program realiti yang muncul di kaca televisyen bagai cendawan tumbuh.. antaranya One In A Million (OIAM), My starz LG, Mentor, Sehati Berdansa, So You Think You Can Dance, Malaysian Idol dan lain2.... ape sebenar motif bnde2 ni? sekadar hiburan?? atau ade maksud disebalik nya.... baby pon tak tahu...

Hmmm...kebanyakan program diadili dengan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton sahaja.. cukup profesional ke mereka? maksud baby.. cukup prfesional ke orang awam yang yang mengundi untuk mengadili para peserta?... tau ke mereka tentang perkara2 berkaitan dengan bidang nyanyian.? biasa yang kita dengar.. mereka akan mengundi ikut pada paras rupa... kenapa tak orang2 profesional yang mengadili bintang2 tersebut...... mereka layak dan cukup profesional untuk mengadili.. kerana mereka ade kelulusan dan pakar dlm bidang tersebut.. hmmm.. mungkin ade sebab...

Bintang "Mee Segera" ?? Itu adalah antara gelaran yang dikenakan pada bintang2 yang lahir dari program realiti... Kenapa eik??? ye la... dalam hanya beberapa bulan.. nama mereka gah disebut2 peminat.. ade yang terus jd Bintang Popular.. Opss... Sori Mawi.. I x kutuk U... Tp... cuba korang pikir... 1 program aje dh ade 12 orang bintang untuk 1 musim... cuba korang tambah dengan program lain... campur lagi ngan musim2 yang ade... tak ke ini satu lambakan pada industri seni... boleh ke dorang bersaing???

Popular macam Goreng Pisang??? ni satu lagi istilah untuk bintang2 program realiti... popular sekadar sekejap.. lepas tuh dah x boleyh cari makan lagi... lepas habis program.. terus x de berita tentang bintang2 ni... kalau yang kekal lama tuh.. slalunya ade la gosip atau kontroversi yang dorang buat.... nak kata tak ade peminat... tak jugak.. ye lah masing2 blh nampak betapa banyaknye peminat mereka semasa program berlangsung.. ade pulak peminat yang bergaduh gara2 menangkan peserta tersebut...

hmmmmmm... apa2 pon.. kalau korunk masih ade hati nak join program2 realiti.. go ahead... have fun.. tapi buat perancangan dan stategi selepas habis program supaya sentiasa diingati.. dan matlamat korunk tercapai.. CHAYOK !!! & ALL THE BEST !!!

0 kiss Me: