CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Tuesday, December 9, 2008

Nasihat Di Hari Pernikahan

(Pesanan Seorang Ayah)

Abdullah bin Jaafar bib Abi Talib berpesan kepada anaknya dihari pernikahan anaknya:-

"Anakku, berhati-hatilah engkau, Jangan bersifat cemburu kerana cemburu itu adalah kunci penceraian. Berhati-hatilah engkau jangan banyak menegur (berleter) terhadap suamimu kerana menegur itu menimbulkan kebencian..

Sentiasalah memakai celak (penghitam alis mata) kerana celak itu sebaik-baik perhiasan.

( Pesanan Seorang Ibu )

Amru bin Hujru (Raja Kindah) berkahwin dengan Ummu Iyyas binti Auf biin Muhallam As Syaibani. Sebelum berlangsungnya perkahwinan itu, ibu Ummu Iyyas masuk bertemu anaknya dan berpesan:-

"Anakku, jagalah baik-baik sepuluh perkara, kelak engkau akan memiliki perbendaharaan rumahtangga."

1. Hormatilah suamimu dengan menggembirakan serta memberikan kepuasan kepadanya.

2. Turutilah perintah suamimu sebaik-baiknya.

3. Awasilah sorotan kedua matanya jangan sampai suamimu itu melihat sesuatu yg buruk padamu.

4. Awasilah hidungnya jangan sampai ia mencium bau, kecuali bau yg paling sedap dan nyaman

5. Awasilah suamimu waktu tidurnya jangan sampai terganggu kerana menggangu orang yg sedang tidur itu membawa kemarahan

6. Awasilah suamimu waktu makannya jangan sampai ia lapar kerana gangguan lapar yang berturut-turut itu menimbulkan kemarahan.

7. Jagalah harta benda suamimu dengan cermat dan aturkanlah keluar masuknya dengan sebaik-baiknya

8. Jagalah anak-anak dan keluarganya serta pembantu-pembantu rumahtangga suamimu.

9. Janganlah menentang perintah suamimu kerana hal itu akan menyedihkan hatinya.

10. Janganlah engkau membuka rahsia suamimu kerana kalau engkau membuka rahsianya engkau tidak akan selamat dari pembalasannya. Kemudian berhati-hatilah engkau jangan sampai engkau gembira dihadapannya padahal ia dalam keadaan sedih. Sebaliknya jangan engkau bersedih dihadapannya di kala ia sedang bergembira"

Asthma binti khariyah Fazari telah berkata kepada puterinya pada hari pernikahan anaknyanya itu:
"Hai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang dimana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. itulah suamimu. Jadilah engkau tanah bagi suamimu (taat perintahnya) dan ia akan jadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau lantai supaya ia menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani ia dengan pelbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhimu maka jauihilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suamimu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain.Jangan biarkan suamimu itu mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja padamu.

0 kiss Me: