CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Wednesday, December 24, 2008

Iqwal Hafiz

SIAPA IQWAL...

IQWAL mula menampakkan bakat nyanyiannya ketika berumur 2 tahun.

Beliau tak henti henti menyanyi ketika dirumah, dalam kereta, di padang permainan dan dimana2 saja.

Sehingga beliau berumur 13 tahun, beliau telah menjuarai berpuluh puluh pertandingan nyanyian kategori terbuka / dewasa.

Lagu yang selalu membawa nya sebagai JUARA adalah, 'Bunga Angkasa' dan 'Sakinah' nyanyian 'Sifu' nya, Ali MPIRE (dulunya dikenali sebagai, Ali Terrarossa dan Ali XPDC).

Ketika umurnya 13 tahun, beliau telah mendapat perhatian dari Pengarah Filem Puan Erma Fatima.

IQWAL telah diundang untuk menjayakan kebanyakan konsert konsert yang dianjurkan oleh Puan Erma, termasuklah :

-'Masrah Hijrah' bersama Ramli Sarip, M.Nasir, MOHRAM dll., yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur

- 'Konsert Seroja' bersama Ramli Sarip, MOHRAM, Mawi dll, di Palace Of The Golden Horses selama 8 hari di bulan Ramadhan.

- Siaran Lansung 'Ekspresi Lubnan' di RTM.

Dari situ bermula lah episod IQWAL sebagai anak seni.

Kemudian beliau telah diundang oleh Puan Raihan Suleiman Palestine untuk menjayakan 'Konsert Nur' di Istana Budaya Kuala Lumpur selama 2 hari, juga bersama Ramli Sarip, Aishah, Mawi, Nash, Kump. Raihan dll.

Beliau juga telah dijemput oleh DBKL untuk membuat persembahan di 'Konsert Orkestra Kuala Lumpur - Songs Of Asia' di Auditorium DBKL bersama artis artis dari Malaysia, Filipina, Indonesia, China dll, yang mana IQWAL sendiri telah menyampaikan 3 buah lagu, iaitu 2 lagu Thai dan 1 lagu Korea.

Ramai yang tidak tahu bahawa IQWAL dilahirkan dengan bakat semulajadi yang banyak diwarisi dari Ibubapa dan Datuknya.

Datuk nya, Khairuddin Hj Ahmad , dulunya seorang Guru dan kini merupakan seorang Pensyarah, yang banyak terlibat dgn seni dan sukan bolasepak, dimana beliau mempunyai bandnya sendiri di masa mudanya.

Berkebolehan bermain alat alat muzik dan menyanyi lagu lagu kegemarannya seperti Andy William, Perry Como, Tom Jones, Engelbert Humperdink dll, serta lagu lagu langgam, asli dan melayu dgn begitu baik.

Boleh dikatakan kesemua adik beradik di sebelah Datuknya mempunyai bakat dlm bidang nyanyian.

Kini Datuknya banyak melibatkan diri dlm bidang bolasepak dimana beliau merupakan Pemangku Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

Neneknya, Toh Suri Wati Puan Salasiah Din juga terlibat dalam sukan bolasepak, dimana beliau merupakan satu satunya Pengadil Bolasepak Wanita Yg Pertama Di Malaysia Dan Di Asia.

Ibunya, Normin Shah Khairuddin merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan aktiviti seni IQWAL, adalah bekas penyanyi profesional yang pernah menyanyi di beberapa buah kelab eksklusif dan resort resort.

Ibunya juga berkebolehan bermain gitar, piano, keyboard dan bertanggungjawab mengajar Iqwal bermain alat alat muzik, vokal, persembahan, tarian dan memilih lagu lagu untuk IQWAL sehingga IQWAL mampu menyanyi dalam 13 bahasa, iaitu Spanish, Italy, Mexican Latin, Tagalog (Philipine), Arab, Thai, Korea, Jepun, Mandarin, Kantonis, Hindi dll.

Kini ibunya menjalankan perniagaan Pengurusan Majlis (Event Management) untuk konsert konsert dan salon kecantikan.

Ayah IQWAL juga merupakan seorang penyanyi Rock, yang pernah menyertai sebuah kumpulan Rock gergasi dan hebat hingga kini.
Kini masih lagi aktif, menyanyi secara solo.
(Harap maaf, atas sebab sebab tertentu dan peribadi, kami tak dapat menyiarkan nama beliau).

Tapi sekadar bakat yg ada pada IQWAL, tidak cukup untuk menjaminkan beliau pergi ke tahap yang lebih tinggi jika bakatnya dibiarkan begitu sahaja.
Ia perlu digilap dengan baik.

Menyedari hakikat tersebut, ibu dan abahnya mengambil langkah menghantar beliau ke sekolah muzik profesional, disamping melatih beliau di studio dan di rumah.

Alhamdullillah, perjalanan seni IQWAL banyak dibantu oleh Kementerian dan Individu yang terlibat dalam Industri Seni Negara.

-Kementerian Perpaduan, Kesenian Dan Warisan Malaysia (KEKKWA)

-Kementeriam Pelancongan Malaysia

-Kementerian Penerangan Malaysia

-New Straits Times Press (M) Bhd

-Erma Fatima

-Raihan Palestine

-Karyawan Malaysia

-Amran Nasruddin (KEKKWA)

-DBKL

-MBSA

-Joe Mpire

-Ali Mpire

-Mel Wings

-Awang Astillah (Produser)

-Johan Aziz (Produser)

-Mus MAY

-Ismahalil Hamzah

-Selangor FM

-Wanita FM dan lain lain.

Berita Harian dan Harian Metro (NSTP) juga terlalu banyak membantu IQWAL dlm perjalanan seninya.

Selama hampir 4 tahun berturut turut, NSTP telah membawa IQWAL menjelajah keseluruh Malaysia dan menjadi Resident Artiste / Anak Angkat kepada Berita Harian dan Harian Metro di Karnival Jom Heboh, Road Tour Anugerah Bintang Popular, Fiesta Media Idola, GP Joran dll.

0 kiss Me: