CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 7, 2008

HIV (Part 1)

Hari tuh baby ade join gath dengan kawan2 dengan budak kc…. Masa dengan kwn2 tue kitorg ternampak satu booth kat Time Square nie… tengok dari atas macam rumah hantu or may be treasure hunt… tp….bila dh sampai rupanya salah satu exhibition kesedaran HIV positif….. baby x nk citer psl exhibition nie… tp baby nk citer pasal kesedaran yang perlu kita ambil tahu berkenaan dengan penyakit yang tiada penawar ini…

APA ITU HIV???

HIV (Human Immunodeficiency Virus) adalah virus yang menyebabkan AIDS. Ia menyerang system siste daya tahan badan (satu mekanisme bada yang terdiri sel darah putih dimana sel darah putih ini akan membunuh kuman serta virus yang masuk ke dalam badan), menyebabkan badan leah dan tidak berupaya melawan jangkitan penyakit. Pesakit HIV (+) tidak semestinya menghidapi AIDS.

BAGAIMANA IA DIJANGKITI??

  • Melalui perhubungan seks tidak selamat (seks tanpa kondom lateks)
  • Melalui perkongsian jarum suntikan atau picagari
  • Melalui ibu kepada bayinya semasa kehamilan, kelahiran atau penyususan

HIV hanya blh berjangkit melalui darah, air mazi, dan air mani termasuk darah haid. Darah atau cecair bdn blh memasuki salur darah org lain melalui luka, kesan lecetan atau kudis. Mereka yang enjaga pesakit AIDS dan yang memberi pertolongan cemas patut mengabil langkah berjaga2 seperti menggunakan sarung tgn semasa bertugas.

BAGAIMANA HIV TIDAK BOLEH DIJANGKITI ???

  • Pendermaan darah
  • Berjabat tangan dan berpelukan
  • Berkongsi telefon, kolam renang dan tandas awam
  • Berkongsi makanan & perkakasan dapur
  • Berkongsi tempat tinggal, bekerja, berlajar bersama atau berkongsi tempat tidur
  • Bersin, batuk, air peluh & air kencing
  • Gigitan serangga atau binatang
  • Menjaga seseorang yg HIV positif

Hiv tidak boleh berjangkit memalui air peluh, air kencing atau air mata. Ia tidak boleh berjangkit melalui kulit atau udara seperti selsema. HIV tidak boleh hidup di luar badan manusia seprti di atas kulit, dalam pakaian, dalam air atau udara.

0 kiss Me: