CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Friday, May 8, 2009

Puding Gula Melaka



Bahan-bahan ( 6 )

140ml sirap gula melaka
4 biji telur
360ml fresh milk/susu cair
butter
sirap gula melaka
*****************************
>>sirap gula melaka
- 150g gula melaka
- 200ml(1 cwn) air

Cara-cara
  1. Sediakan sirap gula melaka : Campurkan gula melaka dengan 200ml air. Masak sehingga gula melaka cair. Sejuk dan ketepikan.
  2. Panaskan susu dengan api kecil sehingga suhu badan manusia. Kemudian padamkan api. Masukkan sirap gula melaka dan kacau.
  3. Dalam mangkuk lain pukul telur dengan perlahan. Jangan sampai berbuih.
  4. Tapis campuran susu tadi dan masukkan ke dalam telur. Kacau biar sebati
  5. Sapukan cup puding dengan butter. Lepastu isikan campuran ke dalam cup puding.
  6. Susunkan ke atas dulang oven. Masukkan air suam ke dalam dulang oven (double-boiler)
  7. Masukkan ke dalam oven. Bakar dengan suhu 160C selama 30~35 minit.
  8. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Bila dah sejuk bolehlah simpan dalam peti sejuk.
  9. Tuangkan sedikit sirap gula melaka ke atas puding bila nak makan.



Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih


0 kiss Me: