CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, May 8, 2009

Lamb Stew


Bahan-bahan ( 3 orang )


1/2 kg potongan daging kambing (lamb cutlets)
1 biji bawang besar berkulit coklat (dimayang)
1 batang lobak merah (potong baji)
2 biji kentang (potong baji)
1 sudu makan mentega
5 sudu makan tepung gandum
2 sudu makan tepung jagung
1/2 kiub pati lembu
2 sudu makan tomato puri
2 sudu makan honey mustard
Thyme, rosemary, daun bay, basil, marjoram, terragon (atau mana2 mixed Italian herbs) secukup rasa
Garam secukup rasa
Lada hitam secukup rasa
Air secukupnya


Cara-cara

  1. Gaulkan daging bersama garam, lada hitam, dan 2 sudu makan tepung gandum.
  2. Dalam periuk, cairkan mentega. Kemudian, masukkan bawang besar dan kacau hingga bawang bertukar perang.
  3. Ketepikan bawang (masih dalam periuk), kemudian masukkan daging dan masak sehingga keseluruhan permukaannya menjadi perang.
  4. Masukkan lobak merah dan kentang, kemudian masukkan air, cukup untuk menenggelamkan bhn2 dalam periuk tadi. Renih atas api sederhana.
  5. Selepas 5 minit, masukkan kiub stok lembu, tomato puri, honey mustard, Italian herbs, lada hitam, & garam secukup rasa. Renih lagi selama 20 minit.
  6. Bancuhkan baki tepung gandum & tepung jagung bersama 1/2 cawan air. Kemudian, campurkan ke dalam periuk.
  7. Teruskan merenih sehingga daging, kentang dan lobak merah betul2 lembut dan empuk.
  8. Boleh dimakan dengan roti (spt gambar di atas), pasta ataupun nasi (spt gambar di sebelah). Selamat mencuba! : )



Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih

0 kiss Me: