CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Monday, November 10, 2008

8 Tips Hamil Secara Sihat

Memilih pakar perbidanan
Memilih pakar perbidanan pada peringkat awal dapat membantu mengeratkan hubungan dalam menyiapkan diri sebelum proses kelahiran. Pada masa yang sama, penjagaan pranatal yang baik penting untuk kesihatan bayi.

Diet yang seimbang
Pastikan anda mengambil diet yang seimbang seperti protein dan mengawal kalori selain mengambil vitamin dan garam galian lain seperti zat besi dan asid folik.

Mengambil vitamin pranatal
Wanita hamil perlu mengambil vitamin ini lebih daripada wanita biasa terutama asid folik kerana ia mengurangkan risiko janin mengalami kecacatan tiub saraf, contohnya spina bifida.

Melakukan senaman secara tetap
Program senaman yang sesuai bukan saja dapat memberi anda kekuatan dengan berat badan yang baru semasa hamil, malah dapat mengurangkan tekanan semasa proses kelahiran.

Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan serotonin iaitu bahan kimia yang dikaitkan dengan perubahan mood semasa hamil.

Elakkan mengambil minuman keras
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman keras semasa hamil meningkatkan risiko melahirkan bayi yang mengalami kerencatan mental dan fizikal, masalah tingkah laku, rupa paras dan kecacatan jantung.

Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein dalam jumlah yang banyak boleh meningkatkan risiko untuk anda melahirkan bayi yang kurang
berat badannya.

Berhenti merokok
Tabiat merokok meningkatkan risiko keguguran, kehamilan ektopik, pendarahan faraj, bayi lahir tidak cukup bulan, kematian bayi dan sebagainya.

Kajian juga mendapati wanita yang merokok 20 batang atau lebih sehari lebih cenderung melahirkan anak yang
sumbing.

Rehat yang mencukupi
Tidur yang mencukupi penting untuk kesihatan diri dan janin dalam kandungan. Jika anda tidak boleh tidur, angkat kaki ke atas sambil membaca buku atau majalah.
Kaedah berehat seperti yoga, regangan, menarik nafas dalam-dalam dan urutan merupakan cara terbaik untuk menangani tekanan dan tidur yang baik pada waktu malam.

0 kiss Me: