CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, March 7, 2009

Bahasa Phonetic

kita belajar fasal fonetik (phonetic). Fonetik Antarabangsa digunakan bagi membolehkan semua stesen radio amatur di mana-mana menyampaikan maklumat dengan tepat walaupun dalam situasi sukar dengan menggunakan sebutan yang boleh difahami dan diterima, juga bagi mengelakkan kekeliruan ketika berkomunikasi. Fonetik digunakan secara meluas dalam menyatakan ‘callsign’, mengeja nama pengendali radio amatur ‘handle’ dan menyatakan maklumat tertentu yang perlu dieja secara tepat.






Sedikit maklumat yang aku tertinggal, bagi angka dan nombor, ianya disebut seperti biasa. One, two, three, dan seterusnya. NATO ada meletakkan 1 standard untuk menyebut angka ini dalam sebutan fonetik, tetapi ianya agak janggal untuk disebut misalnya 5 tidak disebut 'five' tetapi disebut 'pentafive'.

Maklumat tambahan, jangan terkejut sekiranya anda mendengar ham operator dari negara lain tidak menggunakan International Phonetics ini secara tepat. Misalnya, Ham operator dari United Kingdom menyebut W sebagai William (sayang agaknya mereka ni dengan Putera William, anak Puteri Diana), dan bukannya Whiskey. Di Indonesia pula, G tidak disebut Golf, tetapi digantikan dengan GOLOK (sejenis parang, juga nama tempat di Thailand), Ham operator di Singapura juga tidak menyebut I sebagai India, tetapi digantikan dengan Italy (apa barang India, Italy la ada class!)

~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~*~~

November
Uniform
Romeo
Uniform
Lima

Alpha
India
November

November
Alpha
Quabec
India
Alpha
Hotel

0 kiss Me: