Bahan-bahan ( 6-8 orang )
2 peket spaghetti
2 ulas bawang putih (tumbuk)
1 ulas bawang merah (mayang)
1/2 cawan daging cincang
4 biji telur
garam secukup rasa
lada sulah secukup rasa
3 sudu besar minyak utk menumis
keju parmesan parut
Cara-cara
- rebus spaghetti dalam air garam dan butter.
- dalam bekas yang besar, pukul telur besama lada sulah dan garam. ketepikan.
- panaskan minyak dan masukkan bawang putih, merah dan daging. masak dalam 15 minit atau daging betul-betul masak.
- bila spaghetti dah masak, toskan dan terus masuk ke dalama bekas telur pukul tadi. gaul rata biar telur masak oleh panas spaghetti.
- kemudian masukkan spaghetti campur telur tadi ke dalam daging. goreng pulak atas api bagi sebati dan telur betul betul masak.
- gaul dgn keju parut sebelum dihidangkan.
Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih
0 kiss Me:
Post a Comment