* Menggunting Hujung Rambut
Menggunting hujung rambut secara teratur adalah salah satu cara untuk memiliki rambut yang sihat. Menggunting hujung rambut sekurang-kurangnya enam hingga lapan minggu sekali akan menjadikan
rambut kelihatan segar dan bermaya. namun,jika rambut anda tidak sihat di sebabkan oleh pewarnaan
atau terkena klorin kerana aktiviti berenang anda bolehlah menggunting dengan lebih kerap.
* Rambut Segera Bersinar
Anda sedang terburu-buru menuju ke acara penting tetapi rambut kelihatan kusam? Berikansentuhan dengan produk-produk yang menjadikan rambut anda lebih halus dan berkilau. Gunakan produk pengilat rambut. Sapukan sedikit pada sikat lalu sisir di bahagian luar rambut.
* Berikan Perlindungan
Sebaiknya lindungi rambut anda daripada kepanasan pengering rambut yang berlebihan. Jika sukar melakukannya, gunakan produk yang bersifat melindungi daripada kepanasan contohnya syampu dan perapi khusus untuk rambut yang diwarnakan.
* Panas Minimum
Keadaan rambut yang kering akan menjadikan rambut kelihatan kusam serta pecah-pecah. Oleh itu, apabila anda menggunakan blow dryer pasanglah nozzle di hujung pengering rambut atau boleh menggunakan kepanasan yang minimum.
* Cuci Rambut Dengan Air Hangat
Sewaktu mencuci rambut, gunakan air hangat seterusnya bilas dengan air sejuk. Kutikel rambut akan tertutup menyebabkan cahaya terpantul pada rambut.
Saturday, January 17, 2009
Petua Rambur Bersinar
Write by Baby at 2:43 PM 0 kiss Me
Labels: Cantik, Tips+Petua
Petua Melebatkan Rambut
Petua Melebatkan Rambut
Bahan-bahan
2 sudu besar minyak zaitun
2 sudu besar minyak bijan
2biji telur
2 sudu besar santan asli
2 sudu besar minyak kelapa
Cara
- Kisar semua ramuan dengan alat pengisar kelajuan sederhana selama lebih kurang 30 saat, ramuan akan berbuih keran aterdapat telur.
- Ketika mandi selepas membersihkan rambut dgn syampu, sapu rata ramuan tadi dan urutkan keseluruh kulit kepala.
- Biarkan selama 5 minit sebelum membilas bersih sebaiknya mengguna air suam.
Petua melebatkan rambut ini bolehlah diamalkan setiap hari. Ramuan yang disediakan ini tahan selama lebih kurang 5 hari jika disimpan di dalam peti sejuk.
Write by Baby at 2:40 PM 0 kiss Me
Labels: Cantik, Tips+Petua
Tips Memakai Perfume
* SEmburkan Perfume anda sebelum memakai baju. Perfume seharusnya disemburkan pada badan yang lembab dan bukan pada baju.
* Semburkan pada bahagian tubuh yang bernadi iaitu kawasan pergelangan tangan, leher, bahagian dalam siku, bahagian pelipat lutut dan bahagian tengah antara dua buku lali kaki.
* Boleh juga cuba sembur wangian dari atas dan lalu di atasnya. cara ini boleh menguatkan lagi bauan anda.
Write by Baby at 3:26 AM 0 kiss Me
Labels: Cantik, Tips+Petua
Friday, January 16, 2009
Tips Mekap (1)
KULIT PUTIH
Jika kamu memiliki kulit y putih, tiada apa y perlu drisaukan untuk tmpil mnyerlah. Warna2 y ceria & terang amat sesuai untuk kamu baik dari segi pmilihan pkaian @ solekan
MONTEL YANG RENDAH
Cuba kebaya pendek @ kurung kedah.dankan dgn aksesori y xbegitu sarat kerana ianya akn mnenggelamkan dirimu.Solekan pula, warna2 y ceria sperti hijau & oren spaya dpt mnyerlahkn wjahmu y "cute".
SI TINGGI LAMPAI
utk montel y tinggi lmpai pula, terglong dlm individu y bertuah krana mmpu membawakn pelbagai jnis gaya & warna dlmpmilihan pkaian @ fesyen. Lebih sesuai jika kamu memakai baju y mempunyai motif bunga & corak y agak besar agar kamu nmpak lebih mnarik & cntik. Solekan, tidak mempunyai sebarang masalah untuk tampak berseri.
BERTUBUH BESAR
Tidak slah sesekali kamu menggayakan bju warna terang. Perlu pastikan pmilihan corak pada baju itu sebaiknya xtlalu over agar kamu xnmpak klakar nnt.Seelok-eloknya plihlah kain y berwarna gelap spaya dpt membri ilusi tbuh y lbih langsing.
BERKULIT GELAP
Untuk si hitam manis, hindari warna2 bju y gelap & kusam sperti hitam & coklat gelap. Cubalah warna2 sperti biru & ungu muda agar kamu nmpak lbih anggun.Pastikan juga baju mu itu nnti xdpenuhi mnik @ 'sequine' y membuatkn kmu nmpak srat. Penggunaan warna blusher y bersesuaian jga trut akn mnyerlahkn wjahmu y gelap. Plihlah warna merah muda & xtelalu terang @ gelap.
Write by Baby at 3:38 AM 0 kiss Me
Labels: Cantik, Tips+Petua
