Bahan-bahan ( 3-4 orang )
2 biji bawang besar
7 sb tepung gandum
2 sb tepung jagung
1/2 sk baking powder
1/2 sk gula halus
garam secukup rasa
serbuk lada sulah/hitam secukup rasa
1/4 sk serbuk cili
1 biji telur
125 ml susu segar
minyak masak secukupnya untuk goreng terendam
Cara-cara
- Bawang besar dikupas kulit dan hiris bulat setebal 1 cm. dan leraikan menjadi gegelang.
- Gunakan Bawang besar seperti dlm gmbr....biase dipanggil bawang jepun..
- Satukan kesemua bahan2 kering di dalam mangkuk dan kacau rata.
- Satukan susu dan telur di dalam mangkuk berasingan dan kacau sedikit.
- Tuangkan campuran susu ke dalam adunan tepung dan kacau hingga sebati.
- Panaskan minyak di dalam kuali.Celupkan bawang kedalam adunan tepung dan goreng hingga kuning keemasan.Jangan goreng terlalu banyak bawang supaya mudah untuk dibalik2kan.
- Angkat dan toskan di atas kertas serap minyak.Hidangkan ketika panas2 lagi.
Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih
0 kiss Me:
Post a Comment