Monday, December 22, 2008
Kawal Emosi Dalam Percintaan
Pujangga Hamka ada mengatakan 'Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat' mungkin boleh menjadi pedoman bagi pasangan yang bercinta.
Kata-kata ini juga boleh ditujukan kepada insan yang gagal dalam sesuatu perhubungan bercinta atau perkahwinan untuk membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan segala pancaroba ini.
Buktinya, tingkah laku yang merugikan seperti ingin membunuh diri, menyalahkan diri sendiri dan terpenjara dalam perangkap waktu (zaman percintaan) dan tingkah laku yang menjurus kepada emosi dan perwatakan negatif lain akan berlaku apabila masalah cinta atau perhubungan berlaku. Di dada akhbar, berita mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman diri dan orang lain akibat percintaan adalah bukti bahawa emosi tidak boleh terlalu dituruti apabila bercinta.
Cinta yang agung dari manusia ialah cinta kepada Pencipta-Nya. Bagi seorang Muslim, cinta kepada Allah adalah cinta sejati.
Bagi cinta sesama insan, percintaan perlu berlandaskan dengan kekuatan diri dan menganggap kegagalan percintaan adalah satu dugaan kehidupan. Ia menguji setakat mana tabahnya manusia menanggung cabaran kehidupan.
Kegagalan dalam perkahwinan, contohnya boleh saja mengganggu jadual kehidupan seharian seseorang insan. Tanpa mengira, suami atau isteri, jika perceraian berlaku tentunya akan memberi kesan kepada emosi dan juga tuntutan zahir dan batin insan. Apatah lagi, apabila ia membabitkan hal berkaitan dengan anak seperti hak penjagaan, masalah kewangan dan pelbagai lagi.
Bukan saja, pasangan yang berkahwin akan terganggu apabila percintaan tidak menjadi. Pasangan yang sedang bercinta juga sering diuji dengan pelbagai keinginan dan tuntutan emosi. Masalah berlaku apabila keinginan diri tidak dapat dipenuhi dengan keinginan pasangan.
Keadaan menjadi sukar apabila pasangan yang bercinta adalah remaja yang masih lagi belum begitu matang dari segi emosi dan fikiran dalam konteks menghadapi dugaan alam percintaan.
Dalam bercinta, emosi tidak boleh terlalu dituruti kerana implikasinya sering kali di luar dugaan. Tingkah laku yang berbahaya seperti cubaan membunuh diri perlu dielak sama sekali.
Natijah kehidupan termasuklah episod bercinta adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Harieta Wahab, seorang pujangga menjelaskan, malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
Write by Baby at 12:44 PM 0 kiss Me
Labels: Love, Sudut iLmu
Ayat2 Pantang Dalam Perhubungan
Pehatian kepada semua kaum lelaki yang teringin nak bercinta, baru jatuh cinta, sedang dilamun cinta atau yang sudah berumahtangga, GUA mempersembahkan
tips untuk ayat-ayat beracun yang pantang disebut di depan awek, teman wanita atau isteri. Jika salah satu ayat ini disebut, paling kecil boleh menyebabkan
pertengkaran, paling hebat boleh menyebabkan penceraian. Elakkan dari mengguna ayat-ayat beracun ini untuk kebahagiaan perhubungan anda semua.
1. Kalau you betul-betul sayang I, you akan buat apa I suruh.
What do you mean kalau dia betul sayangkan you? Jadi, kalau dia tak buat bermakna dia tak sayanglah? Perempuan mungkin lembut atau nampak lemah tapi tidaklah
dungu. Kalau nak minta tolong, cakap sajalah. Menggunakan senjata sebegini untuk kepentingan diri sendiri dan membuat teman wanita merasa serba salah
adalah cukup menyedihkan.
2. I tak suka dengan kawan-kawan you.
Perhubungan teman wanita anda dengan girlfriends dia adalah sacred atau suci. Janganlah dengan sesuka hati dan secara terus terangnya anda memberitahu
dia yang anda tidak suka dengan kawan-kawan dia. Walaupun secara realitinya anda tidak suka atau tergugat dengan kawan-kawan dia yang mungkin lebih hot
daripada girlfriend anda, jangan sesekali sebut yang anda tak suka kawan-kawan dia secara direct kerana anda hanya menempah tiket untuk bertengkar secara
hebat.
3. I punya ex-girlfriend dulu.
Ayat ini pantang disebut langsung kepada teman wanita terkini anda atau anda terpaksa menghadapi bahana tidak dapat dimaafkan oleh teman wanita anda. Kalau
anda nak kutuk ex-girlfriend anda mungkin boleh, tapi dinasihatkan jangan, kerana dengan menyebut tentang ex anda, anda akan dituduh tidak setia dan anda
masih sayang pada gadis itu. Peluang untuk teman wanita anda menukar topik ini untuk jadi something about her adalah sangat besar. Tiba-tiba anda akan
dengar ayat-ayat seperti you dah tak sayang I lagi, you lebih suka ex you, dan lain-lain lagi yang hanya akan memanaskan telinga anda.
4. Cuba tengok perempuan tu
Janganlah berani suruh dia rujuk kepada perempuan lain atas alasan apa pun kerana dia tak suka anda bandingkan dirinya dengan wanita lain. Secara ringkasnya,
anda perlu menempuh kehidupan ini seolah-olah ada satu sahaja wanita yang anda kagumi, iaitu dirinya. Kebudak-budakan? Mungkin juga tetapi cubalah tengok
akibatnya kalau anda cakap pasal perempuan lain di depan teman wanita anda.
5. I tak cukup bagus untuk you.
Bagi orang lelaki untuk merendah diri cara ini adalah pathetic dan melemaskan! Dengan bercakap begini, anda akan menunjukkan kelemahan anda yang tidak
suka dilihat oleh kaum perempuan. Lagipun kalau anda tak cukup bagus untuk dia, adakah dia bodoh sebab pilih anda? Gunalah taktik lain yang lebih menyenangkan
ye.
6. I takde mood lah.
Sekali lagi wanita akan menganggap this is about her walaupun sebenarnya bukan. Dia akan fikir apa lagi yang boleh menyebabkan anda bosan selain daripada
dia? Dia tak fikir yang anda mungkin ada masalah lain kerana bagi dia setiap kali anda takde mood, its about her. Jadi elakkan dari menyebut ayat ini
dan adalah lebih baik anda berdiam diri.
7. Perangai you macam mak you lah.
Sakit ke bang? Orang perempuan bukan tak bangga jadi anak mak dia tapi kalau you cakap macam tu, takut dia salah faham dan ingat you kata dia tua dan seorang
yang tak cool. Lainlah kalau mak dia hot atau sporting perangainya. Secara ringkasnya, janganlah bandingkan diri dia dengan mak dia sebab dia tentu tak
akan suka.
8. Takyahlah nak emo
Biasalah orang perempuan emosi! Tetapi ketika dia emosi dan anda sebut ayat itu, dia akan serta-merta kecil hati sebab anda mempersendakan dia. Tentulah
dia emosi bersebab. Gunalah cara lain yang lebih baik daripada itu!
9. I tak sukalah baju tu
Wahai kaum lelaki, jangan complain apa-apa tentang pakaian dia walaupun ditanya! Biar kawan-kawan dia yang dipertanggungjawabk an tentang itu. Lainlah kalau
berpakaian melampaui batas seperti terlalu terdedah atau terlalu hodoh. Cara paling baik untuk tackle perkara ini ialah dengan puji dia kalau anda suka
baju dia daripada kritik baju yang anda tak suka.
10. Kakak/Abang you entah apa-apa.
Tolong jangan cakap yang buruk tentang ahli keluarga, buruk padahnya. Tak kiralah samada kakak atau abang dia memang tak berguna, dont say it to her
face. Kalau tujuan anda untuk cari gaduh dengan dia, silakan mula dengan ayat ini, tentu tak akan gagal untuk memulakan pertengkaran!
Sunday, December 21, 2008
Erti Hadiah Dari Pasangan
| ||||
| ||||
|
| ||||
| ||||
| ||||
| Batu Berharga (Berlian atau Permata) Sadar akan istilah Diamond are forever, atau Diamond is a girl best friend, lelaki menyadari arti berlian di mata seorang perempuan. Karena itu jika seorang lelaki memberikan sebuah cincin atau kalung bertahtakan berlian, artinya mereka siap membuat komitmen dengan Anda, dan menunjukkan keseriusan mereka. | ||||
| Made by Himself (Original) Jika seorang lelaki memberikan Anda sebuah hasil karyanya, entah itu sebuah puisi, cd kompilasi atau album yang berisi kumpulan foto kalian berdua, artinya ia membuka satu sisi dirinya kepada Anda. Memang ada motivasi sediki pamer, namun sisi positifnya adalah ia mau membuka dirinya kepada Anda dan menganggap Anda sosok yang istimewa. | ||||
| ||||
Write by Baby at 6:17 AM 0 kiss Me
Labels: Sudut iLmu
Thursday, December 11, 2008
Tips Rawat Kulit Terbakar
MASALAH yang biasa timbul selepas pulang bercuti di tepi pantai ialah kulit bertukar kemerahan seperti terbakar. Lebih memalukan selepas beberapa hari, bahagian itu menggelupas hingga kadang-kadang malu untuk bertemu orang lain.
Jangan risau! Jika ingin keadaan kulit kembali pulih seperti sedia kala, dapatkan beberapa bahan dari dapur anda dan hasilkan ramuan ini untuk disapu ke muka.
Bahan:
Cara:
Campurkan semua ramuan dan kemudian sapu ke muka. Tunggu hingga kering sebelum dibilas dengan air bersih.
Write by Baby at 12:12 AM 0 kiss Me
Labels: Sudut iLmu, Tips+Petua
Cara Memilih Shampu dan Barangan Penjagaan Rambut
RAMBUT bagaikan mahkota keanggunan penampilan setiap wanita. Dari jauh lagi wanita berambut sihat dan lebat kelihatan menarik, kelihatan muda dan jelita.
Sebaliknya sekiranya wanita muda berambut jarang, kurang sihat dan nampak kulit kepala, mereka kelihatan beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar. Ia berbeza dengan lelaki apabila kepala dicukur botak dianggap satu fesyen penampilan dewasa ini.
Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:
1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.
2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.
3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.
4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.
5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.
6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.
7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.
8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.
Faktor yang harus dielakkan bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat:
1. Sinaran cahaya matahari terik.
2. Agen pencemaran, jerebu, asap kilang dan kenderaan.
3. Makanan laut dan kandungan ‘monosodium glutamate’ ( MSG) berlebihan dalam makanan.
4. Kulit sensitif, banyak berpeluh.
5. Syampu dengan kandungan silikon, ammonia.
6. Berkongsi sikat, tuala dan bantal yang sudah dihinggapi spora kulat dan penyakit kulit.
Write by Baby at 12:10 AM 0 kiss Me
Labels: Sudut iLmu, Tips+Petua
Tips Menjaga Rambut
Rambut merupakan mahkota setiap individu. Walaupun sebaik mungkin kita menjaganya, masih ada lagi kerosakan pada rambut. Seringkali ada individu yang bertukar syampu, perapi dan kerap mengunjungi salon rambut sehingga sanggup menghabiskan wang ringgit demi menjaga rambut mereka.
Masalah rambut kering dan bercabang selalu terjadi terutama kepada wanita. Apabila diikat ibarat menyikat dawai kerana terlalu keras dan kering.
Hujung rambut bercabang dikenali sebagai trichoptilosis. Secara umumnya, hujung rambut yang rosak akan terbelah menjadi dua atau tiga sepanjang dua hingga tiga sentimeter. Ada yang terpaksa menutup kepala dengan topi bagi menyembunyikan masalah rambut tersebut.
Rambut yang kering dan mudah putus juga ada kaitannya dengan cara hidup kita yang moden sehingga mengabaikan rambut. Tanpa disedari kita merosakkannya.
Rambut sebenarnya mempunyai gentian semula jadi dan protein. Ia juga akan kehilangan imunisasi semula jadinya untuk mengelakkan kerosakan yang disebabkan oleh bahan kimia. Seterusnya akan menyebabkan rambut kering, mudah putus dan bercabang-cabang.
Keadaan akan bertambah teruk andainya mendandan rambut dengan individu yang kurang berpengalaman dalam teknik mengerinting atau pewarnaan rambut. Kerosakan pada rambut dan kulit kepala akan menjadi lebih buruk lagi.
Menurut kajian, kira-kira 10 peratus remaja mengalami masalah rambut akibat daripada kesalahan pendandan rambut.
Apabila rambut mula hilang gentian semula jadi dan protein, ia juga akan hilang imun semula jadinya. Ini seterusnya akan menyebabkan rambut yang kering, mudah putus dan bercabang-cabang.
Apabila anda tidak cukup tidur atau dalam keadaan yang letih, rambut akan kekurangan nutrien. Rambut juga berkemungkinan menjadi bercabang, hilang kekenyalannya dan mudah putus.
Kita juga tidak perlu menyisir rambut terlalu kuat.
Rambut yang strukturnya lebih halus mudah rosak dan bercabang akibat aktiviti mengerinting rambut atau teknik meluruskannya. Bagaimanapun, ramai remaja tidak menghiraukan kesannya untuk cantik dan mengikut aliran gaya rambut semasa. Mereka dinasihatkan agar mengetahui terlebih dulu keadaan rambut sebelum menggunakan sebarang kimia atau teknik bagi mendapatkan gaya rambut yang diidamkan.
Misalnya, jika jumlah rambut mereka terlalu sedikit, sebaiknya jangan kerintingkan rambut kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan rambut. Sekiranya ingin mewarnakan rambut, pastikan anda melakukan rawatan rambut atau segera berjumpa pakar apabila rambut gugur terlalu banyak.
Tip menjaga rambut
- Santan. Khasiatnya memang terkenal untuk melembut dan melebatkan rambut.
- Caranya mudah, ambil kelapa tua dan perah pekat-pekat. Biarkan sejam agar patinya naik, baru disapu pada rambut. Gunakan jari atau sikat bergigi jarang. Balut dengan tuala bersih dan perap setengah jam.
- Minyak kelapa yang dibuat sendiri juga elok untuk merawat rambut kering, pecah hujung serta mudah gugur.
- Caranya perah santan daripada dua atau tiga biji kelapa tua. Ambil yang pekat sahaja (dua kali perahan). Kemudian jerang di dalam kuali besar tebal. Sebaik-baiknya guna dapur kayu kerana tempoh memasak minyak kelapa ini sangat lama (hampir sehari). Kemudian biarkan ia sejuk dan baru dilumur pada kepala.
- Minyak bijan juga elok untuk melebatkan dan menghitamkan rambut. Agar lebih harum, minyak dicampurkan dengan bunga melati atau daun pandan. Bagi mengelakkan rambut hapak, pastikan sisa minyak telah dibasuh sebersih-bersihnya.
- Wanita Jawa gemar menggunakan abu batang padi untuk mencuci rambut. Biasanya batang padi yang baru dituai, dibakar. Kemudian direndam semalaman, baru ditapis. Hampas tapisan batang padi digunakan untuk mencuci rambut kemudian dibilas dengan air rendamannya. Selepas itu rambut dicuci dengan air biasa.
Write by Baby at 12:04 AM 0 kiss Me
Labels: sex + kesihatan, Sudut iLmu, Tips+Petua
Wednesday, December 10, 2008
Tips Gaya Ringkas Aidilfitri
Hari Raya Pertama:
Persalinan wajib:
# Songkok
# Baju Melayu
# Butang baju Melayu
# Samping
# Capal
Elakkan...
# Mengenakan kemeja-T bercorak dalam persalinan baju Melayu.
# Memakai gelang tangan berkonsep rock.
# Menggandingkan baju Melayu dengan seluar denim.
# Mengenakan padanan warna tidak sesuai untuk samping dan baju Melayu.
Hari Raya Kedua:
Persalinan wajib:
# Kemeja lengan pendek
Kemeja lengan panjang
# Kemeja-T
# Seluar denim
# Seluar slack
# Tali pinggang
# Kasut/ selipar
Elakkan...
# Memakai kemeja yang hanya sesuai digayakan ke pejabat.
# Memilih pakaian berwarna gelap.
# Tidak mengenakan tali pinggang.
# Memakai selipar Jepun untuk bertandang di rumah saudara mara.
# Memilih memakai seluar yang koyak di bahagian lutut.
# Memakai seluar bermuda.
# Menyarung singlet.
Write by Baby at 11:59 PM 0 kiss Me
Labels: Sudut iLmu, Tips+Petua








Gratisan Musik
