CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Wednesday, January 7, 2009

5 perkara lelaki wajib elak pada pertemuan pertama dengan si dia mengikut pandangan model dan pelakon, Dynas Mokhtar.

1. Bercakap mengenai bekas teman wanita.
Jika perhubungan yang menjadi topik perbincangan, jangan sesekali bangkitkan soal teman wanita lama. Bekas teman wanita anda begitulah, beginilah... Elak bercakap mengenai perkara ini bila anda dalam proses menjalin hubungan serius dengan seseorang.

2. Bermegah-megah dengan apa yang dimiliki.
Tidak perlulah anda sibuk bercerita mengenai keluarga anda yang kaya, gaji tinggi atau kereta mewah yang dimiliki dengan harapan ‘memancing’ hati wanita. Zaman sekarang, kebanyakan wanita mempunyai kerjaya bagus malah ada yang memiliki pendapatan lebih banyak daripada lelaki. Ingat, bukan semua wanita bersifat materialistik!

3. Menipu.
Jangan sesekali menipu hanya untuk memikat wanita yang digilai atau cuba mengada-adakan benda yang tiada. Kalau wanita itu tahu anda sebenarnya menipu, rosaklah semuanya!

4. Terlalu selesa.
Usah tunjukkan anda begitu selesa atau terlampau bersahaja hingga tiada rasa segan-silu melakukan perkara yang tidak sepatutnya dibuat di depan gadis. Contohnya, sendawa dengan kuat, cungkil gigi atau bercerita mengenai tabiat buruk anda. Ya, memang kebanyakan wanita ingin teman lelaki mereka menjadi diri sendiri tapi jangan sampai memperbodohkan diri pula. Tanggapan pertama itu penting, okay?

5. Belanja.
Pastikan anda yang menjelaskan bil pada pertemuan pertama. Bukan bermaksud wanita itu materialistik hingga anda perlu menanggung perbelanjaan bila keluar bersama, tapi bagi saya, untuk pertemuan pertama, anda perlu jadi gentleman dan menjelaskan bil. Tapi bukan setiap masa pula ya!


0 kiss Me: