CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Wednesday, January 7, 2009

5 Idea Hadiah Pikat Gadis

Pelakon dan pengacara, Khaidhirah Abu Zahar atau Dira kongsi tip hadiah 'cair' hati gadis.

1. Jika sempena hari istimewa seperti hari ulang tahun kelahiran, kad ucapan boleh menjadi hadiah paling bermakna. Bukan kad ucapan biasa, tapi ditulis sendiri dengan ucapan bermakna dari hati si pemberi.

2. Terlalu ramai wanita sekarang mampu memiliki kereta sendiri. Namun, ramai tidak mahir memilih aksesori bersesuaian untuk kereta kesayangan. Apa kata, hadiahkan sesuatu yang berbeza seperti aksesori kereta yang praktikal?

3. Aksesori perhiasan diri semestinya idea hadiah yang baik. Tapi anda perlu pilih aksesori yang sesuai dengan personaliti pasangan. Murah atau mahal terpulanglah kepada anda dan cita rasa si dia.

4. Sesuai bagi wanita berkerjaya, sesekali selepas penat pulang dari tempat kerja, alangkah seronoknya kalau ada orang yang sudi membelanja sesi rawatan dan memanjakan diri di spa. Rancang baik-baik pemberian hadiah seperti ini supaya ia menjadi kejutan istimewa!

5. Pilih hari sesuai dan bawa pasangan nikmati hidangan makanan istimewa di restoran kegemaran. Pastikan pengalaman makan bersama menjadi suatu kenangan manis anda berdua.

0 kiss Me: