CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Saturday, March 7, 2009

Radio Amatur (2)

Hanya selepas anda memahami ART #1, anda boleh baca ART #2 ini. Radio amatur mempunyai banyak fungsi dan manfaat. Antaranya :-

1. Berkomunikasi dengan stesen radio amatur diseluruh dunia dengan menggunakan set radio HF (di Malaysia, hanya stesen mempunyai perakuan kelas A dapat memancar ke luar negara dan mengendalikan kod Morse)

2. Berkomunikasi dengan bandar-bandar tempatan (kejiranan tertentu) dengan menggunakan radio VHF dan UHF (dengan menggunakan repeater 'pengulang-pancar' atau simplex)

3. Menjadi barisan hadapan (frontliner) dengan memberikan khidmat bantuan komunikasi ketika berlaku bencana alam atau kecemasan sewaktu tidak terdapat peralatan komunikasi lain atau peralatan komunikasi lain tidak dapat berfungsi. (dalam keadaan aman tanpa bencana, perkhidmatan telefon bimbit, selular, faks dan internet adalah sistem komunikasi primer, manakala radio amatur adalah sekunder. Situasi ini berubah ketika kecemasan dimana radio amatur menjadi primer dan mungkin satu-satunya perkidmatan komunikasi yang boleh berfungsi)

4. Membina sendiri (homebrew @ hand-made) peralatan radio seperti pemancar (transmitter), penerima (receiver), dan antena

5. Berkomunikasi dengan satelit yang sedang mengorbit tanpa sebarang kos (hanya kepada pemilik kelas A)

6. Berkomunikasi dengan angkasawan yang sedang mengelilingi bumi.(anda boleh berhubung dengan Kapten Faiz, angkasawan kedua Malaysia, InsyaAllah apabila beliau berada di ISS)

7. Bereksperimen, kajian tentang televisyen amatur (ATV), slow scan TV (SSTV), atau menghantar gambar potret menggunakan faksimili (pernah digunakan oleh krew Jejak Rasul, TV3 ketika membuat liputan di tengah gurun beberapa tahun yang lalu, dan kini turut digunakan oleh ahli ekspedisi Petronas Adventure Team)

8. Mengambil bahagian dalam sebarang pertandingan radio amatur atau peralatan pencarian pandu arah (juga disebut sebagai memburu musang (fox-hunt) dan DXing (pemancaran terjauh)

9. Mengambil bahagian dalan operasi mencari dan menyelamat (search and rescue), ( kebiasaannya stesen radio amatur membantu pihak berkuasa seperti PDRM, JAPAM dan BOMBA dalam operasi mencari mangsa yang sesat dalam hutan ketika aktiviti lasak, jungle-tracking, juga mengesan kapal terbang atau helikopter yang terhempas di hutan).

Sekarang, anda boleh lihat dan nilai sendiri apa yang radio amatur boleh lakukan, tapi jangan abaikan larangan-larangan ini.

DIINGATKAN, ANDA DILARANG SAMA SEKALI :-

1. DILARANG MENGGUNAKAN RADIO AMATUR BAGI TUJUAN KOMERSIL (jangan mengada-ngada nak jual tempe ke, kicap ke, budu ke atau apa sahaja produk/ perkhidmatan dengan tujuan mendapatkan keuntungan menggunakan radio amatur)

2. DILARANG MENYIAR-SEMULA (RE-BROADCAST) BAHAN SEDIA ADA SEPERTI LAGU, BERITA ATAU RAKAMAN SUARA MENGGUNAKAN RADIO AMATUR (sesiapa yang didapati melakukan kesalahan ini boleh didakwa dibawah Akta Penyiaran dan Hak Cipta dan mungkin disaman oleh artis dan syarikat rakaman kerana tidak membayar royalti penyiaran)

3. DILARANG BERCAKAP MENGENAI POLITIK ATAU MENGKRITIK KERAJAAN DENGAN TUJUAN MENGHASUT, MEWUJUDKAN SENTIMEN DAN KEBENCIAN TERHADAP PIHAK-PIHAK TERTENTU (biar apapun situasi politik di Malaysia, nak saman Sultan ke, saman YDPA ke (Ampun Tuanku!), atau kutuk dasar-dasar kerajaan yang mungkin tak menguntungkan rakyat ke, kempen, lobi pengundi (dah ada yang buat!!!) JANGAN BINCANG DI JALURAN RADIO AMATUR)

4. DILARANG BERCAKAP MENGENAI AKIDAH ATAU AGAMA (biarpun anda seorang ustaz, atau ustazah, atau alim ulama yang agung dengan niat menyebarkan dakwah, jangan sesekali membicarakan, membanding-bandingkan agama atau fahaman orang lain, ada ruang, ada saluran untuk berbicara perkara-perkara ini)

5. DILARANG MENYEBABKAN GANGGUAN TERHADAP FREKUENSI ATAU MENCEROBOH KAWASAN LARANGAN (jangan memancar atau mendengar, memonitor jaluran yang tidak dibenarkan selain daripada yang diperuntukkan, KERANA ada yang berminat mendengar frekuensi pihak berkuasa seperti PDRM, BOMBA, KASTAM untuk mengelakkan daripada kantoi ketika operasi penguatkuasaan (TONTO, MAT REMPIT, KAKI SELUDUP))

0 kiss Me: