CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Monday, December 22, 2008

Kawal Emosi Dalam Percintaan


Pergaduhan dalam percintaan juga sesuatu asam garam yang membawa kepada manis dan pahitnya bercinta. Percintaan perlu diiringi dengan kekuatan iman, emosi dan fikiran. Jika tidak bertambahlah kejadian yang merosakkan diri apabila gagal dalam percintaan, seperti yang berlaku di Terengganu, baru-baru ini.

Pujangga Hamka ada mengatakan 'Cinta bukan mengajar kita lemah tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat' mungkin boleh menjadi pedoman bagi pasangan yang bercinta.

Kata-kata ini juga boleh ditujukan kepada insan yang gagal dalam sesuatu perhubungan bercinta atau perkahwinan untuk membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam kehidupan yang penuh dengan segala pancaroba ini.



Buktinya, tingkah laku yang merugikan seperti ingin membunuh diri, menyalahkan diri sendiri dan terpenjara dalam perangkap waktu (zaman percintaan) dan tingkah laku yang menjurus kepada emosi dan perwatakan negatif lain akan berlaku apabila masalah cinta atau perhubungan berlaku. Di dada akhbar, berita mengenai kejadian yang boleh menggugat ketenteraman diri dan orang lain akibat percintaan adalah bukti bahawa emosi tidak boleh terlalu dituruti apabila bercinta.

Cinta yang agung dari manusia ialah cinta kepada Pencipta-Nya. Bagi seorang Muslim, cinta kepada Allah adalah cinta sejati.

Bagi cinta sesama insan, percintaan perlu berlandaskan dengan kekuatan diri dan menganggap kegagalan percintaan adalah satu dugaan kehidupan. Ia menguji setakat mana tabahnya manusia menanggung cabaran kehidupan.

Kegagalan dalam perkahwinan, contohnya boleh saja mengganggu jadual kehidupan seharian seseorang insan. Tanpa mengira, suami atau isteri, jika perceraian berlaku tentunya akan memberi kesan kepada emosi dan juga tuntutan zahir dan batin insan. Apatah lagi, apabila ia membabitkan hal berkaitan dengan anak seperti hak penjagaan, masalah kewangan dan pelbagai lagi.



Bukan saja, pasangan yang berkahwin akan terganggu apabila percintaan tidak menjadi. Pasangan yang sedang bercinta juga sering diuji dengan pelbagai keinginan dan tuntutan emosi. Masalah berlaku apabila keinginan diri tidak dapat dipenuhi dengan keinginan pasangan.

Keadaan menjadi sukar apabila pasangan yang bercinta adalah remaja yang masih lagi belum begitu matang dari segi emosi dan fikiran dalam konteks menghadapi dugaan alam percintaan.

Dalam bercinta, emosi tidak boleh terlalu dituruti kerana implikasinya sering kali di luar dugaan. Tingkah laku yang berbahaya seperti cubaan membunuh diri perlu dielak sama sekali.

Natijah kehidupan termasuklah episod bercinta adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Harieta Wahab, seorang pujangga menjelaskan, malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

0 kiss Me: