CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Friday, February 27, 2009

Coctail Dress

Diabetes @ Kencing Manis

Jenis-jenis Kencing Manis (Diabetes mellitus)

Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :
1. Diabetes bersandar insulin
2. Diabetes bebas insulin
3. Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)
4. Diabetes bentuk lain


Diabetes bersandar insulin

Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian sumber bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak bagi menggantikan tenaga dari glukos. Penguraian sumber bahan tenaga lain akan menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat. Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.

Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.

Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.

Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.

Diabetes bebas insulin - jenis kedua

Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), terencat ketahanan glukos, keturunan atau bangsa (genetik) dan kurang bersenam. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja di Malaysia

Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)

Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% kembali sembuh. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun. Diabetes ketika hamil juga meningkatkan lagi risiko bayi mempunyai paras bilirubin yang tinggi (demam kuning) berbanding bayi normal.

Diabetes bentuk lain

Terdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.

Masalah Pengidap Kencing Manis

Bagi pesakit kencing manis yang tidak mengawal penyakit mereka, mereka berhadapan dengan kesan yang lebih serius. Antara kesannya ialah :

  • Kegagalan buah pinggang
  • Serangan jantung
  • Kebutaan / Katarak
  • Koma (hilang kesedaran)
  • Angin Ahmar (strok)
  • Lemah Tenaga Batin (lelaki)
  • Sakit saraf atau "mati pucuk"
  • 'gangrene' atau anggota tubuh mati/membusuk


Pengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :

  • Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia.
    Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulin
  • Lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia.
    Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.


Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah :

  • Cemas.
  • Berdebar-debar.
  • Berpeluh.
  • Menggeletar.
  • Terasa lapar.
  • Terkeliru.
  • Penglihatan kabur.
  • Pening lalat.
  • Tidak sedarkan diri.


Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah :

  • Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.
  • Kerap terasa haus.
  • Muntah-muntah.
  • Badan semakin kurus.
  • Koma.
  • Sukar bernafas.
  • Sakit perut.

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak

Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.

Masalah yang sering dihadapi ibu bapa

Apabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.

Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal.

Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.

Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang

Tali Pinggang

Tali Pinggang

kalau kita perhatikan sekarang fesyen tali pinggang semakin menjadi-jadi. Tali pinggang selain dari mengelak seluar dari terlondeh.. ia juga digunakan sebagai aksesori penambah gaya kepada satu-satu penampilan.



kalau kita lihat... tali pinggang ni membantu untuk menampilkan bentuk pinggang yang menarik.. kerana melalui tali pinggang, kita boleh anggar pinggang kita... kita cuma fokus pada lubang tali pinggang yang selalu kita gunakan... kalau terlebih tuh.. perlulah dilakukan sesuatu..



sekarang ni macam cara pemakaian tali pinggang.... bermacam2 warna, corak, fesyen... ia bersesuaian dengan trend terkini dan pilihan fesyen terkini zaman sekarang... namun kena ingt.. pemilihan tali pinggang yang sesuai tuh penting untuk mengelakkan kita menjadi mangsa fesyen. bagi yang bertubuh langsing, mungkin tiada masalah untuk bergaya... namun yang bertubuh gempal/ berisi.. perlu berhati2 ngan pemilihan fesyen.


Friday, February 20, 2009

Shajirry.... My brother

baby saje je nk promote abg baby bernama SHAJIRY DAMERI..... hmm kalau korunk perasan abg jirry nie pelakon tapi sebelom dia menceburi bidang lakonan beliau terlebih dahulu terlibat ngan bidang seni suara. Jirry dan beberapa lagi kawan mengangotai kumpulan KGB....

teka teki : dalam byk2 jejaka dlm video KGB- Hadirlah Kasih ni... yang mana Shajiry.... huhu

KGB - HADIRLAH KASIH.



kalau x dpt tgk... try bukak link ini http://www.youtube.com/watch?v=msGoYkkrmdg&feature=related

ERRY PUTRA & SHAJIRRY - HADIRLAH KASIH



klu x dpt tgk try link ini http://www.youtube.com/watch?v=zmnEyUraVRI

mesti korunk pelik kn kenapa baby letak 2 video yang paparkan lagu yang sama tapi berlain artis..... hmmmm kalau korang perasan pada video erry putra & shajirry.... shajirry ade bg clue..... nk tau ape??? sah korunk nie khusyuk sgt....

" kalau semua nak tahu... ini adalah lagu saya " kata shajirry (lebih kurang lar ayt dia begini... baby pon ingt2 lupa almaklum ler.. khusyuk dgr lagu...)

Erry Putra & Shajirry - Hadirlah Kasih

hmmmm.. tadi baby bukak youtube..... saje je nak tengok2 video clip lagu2 ni haaa.. sekali teringat kat youtube account milik Abg Erry Putra dan Erry Putra Fan Club.... saje je nak tengok ape yang terbaru admin-admin nie buat kerja huhuhu.... dan ini lah hasilnya.... saje je post kat sini... korunk tengok lah persembahan abang2 baby....

Erry Putra & Shajirry - Hadirlah Kasih



wow.... kalau korunk perasan.... baby pon ade dlm video clip nie... huyooo.. pemes woo.. wakakakka.. bukan nak bangga kerana masuk menyemak dalam video nie.. tapi baby bangga punya abang yang bebakat seperti mereka.......

klu x blh tgk attach video tuh.. try klik link nie...
http://www.youtube.com/watch?v=zmnEyUraVRI


p/s : hope korunk enjoy tgk video nie...

Monday, February 16, 2009

Tag (10)

Satu : Apakah yang sedang anda lakukan ?
sy on9.... my usual activity


Dua : Apakah yang bermain di fikiran anda ?
nk balik... nk jmpe Mr S... nk pi penang... nk tuyus.. uwaaa... byk bnde beb..


Tiga : Siapakah yang sedang anda bercakap dengan ?
mne de cakap...... taip jerr


Empat : Siapakah yang ada kedua dalam activ5 anda ?
erkk.... Ku Izrul??? my ex bf


Lima : Apakah yang sedang anda pakai ?
singlet itam + suar jin.


Enam : Apakah yang anda lakukan sebaik saja bangun tidur ?
bukak lappy... wahahhaaa


Tujuh : Siapakah Lelaki yang selalu bersayang sayang bersama anda ?
ramai ler..... Mr S... Mirul.. Beskal.. Dboyz...
kawan pon syg2 gak tauu...




Lapan : Apakah Coklat Kegemaran Anda ?
besh2... bru pas mam coklet.... bessssstt ngee
biasa beli cadbury...


:UpinIpin04:


Sembilan : Aktor Paling HOT yang tidak anda Gemari
Shayew suka ....hmmm i leb brad pitt.. ngee.. encem.. badan sasa...



Sepuluh : Orang yang paling LAST anda bersama ?
Aiza... my rumate...


Terakhir Sekali , Soalah Cepuk MAS !

Tag kan 5 orang dalam Tagg ini ,

  • putera arjuna
  • apai ayahda ku
  • pai the broken
  • zhaf.... my kambeng bucuk
  • miera.... da vempayer

Tag - Aku Dan Dirimu

RULES:
1. Put your iTunes, Windows Media Player, etc. on shuffle.
2. For each question, press the next button to get your answer.
3. YOU MUST WRITE THAT SONG NAME DOWN NO MATTER HOW SILLY IT SOUNDS.
4. Tag 10 friends.
5. Everyone tagged has to do the same thing.
6. Have Fun!

IF SOMEONE SAYS 'ARE YOU OKAY' YOU SAY?
cintamu -dygta & ira
:UpinIpin01:
HOW WOULD YOU DESCRIBE YOURSELF?
im not missing you -stacie orrico
:Onion02:
WHAT DO YOU LIKE IN A GUY/GIRL?
aku lebih tahu - mila af5
:Penguin06:
HOW DO YOU FEEL TODAY?
tak bisa berhenti -colabr8
:littlegirl1:
WHAT IS YOUR LIFE'S PURPOSE?
pilihlah aku - kris dayanti
:littlegirl1:

WHAT'S YOUR MOTTO?
lady marmalade - pink,christina aguilera, lil kim, mya, missy eliot
:Devil14:
WHAT DO YOUR FRIENDS THINK OF YOU?
cinta ini membunuhku- d massive
:Man04:

WHAT DO YOUR PARENTS THINK OF YOU?
gagap - stacy
(wut??? biler lak aku gagap)
:crab1:

WHAT DO YOU THINK ABOUT VERY OFTEN?
saat bahagia - shahila
( bahagia nyer aku)
:Man14:

WHAT IS 2 + 2?
cinta di akhir garisan - ning baizura, nora, ziana zain, dessy
:Penguin17:

WHAT DO YOU THINK OF YOUR BEST FRIEND?
jangan bilang tidak - raffi ahmad & ayushita
:Devil10:

WHAT IS YOUR LIFE STORY?
i have a dream - backstreet boyz
:hippie:

WHAT DO YOU WANT TO BE WHEN YOU GROW UP?
nanana kataku - dia fadila
:Rabbit54:

WHAT DO YOU THINK WHEN YOU SEE THE PERSON YOU LIKE?
matahariku - agnes monica
(engkau lah matahariku )

:Monkey06:

WHAT WILL YOU DANCE TO AT YOUR WEDDING?
lets dance ogether - melly n BBB
( jom menari.. yeah2)
:Monkey41:

WHAT WILL THEY PLAY AT YOUR FUNERAL?
berdiri - suki
:Onion16:

WHAT IS YOUR HOBBY/INTEREST??
hanya kau yang mampu -aizat af5
:Onion17:

WHAT IS YOUR BIGGEST FEAR?
ku tunggu jandamu - irwansyah
(lamanye.. nk tunggu ko berjanda @ menduda)

:Man06:

WHAT IS YOUR BIGGEST SECRET?
siapa aku - suki
:Chick31:

WHAT DO YOU WANT RIGHT NOW?
gantung - melly goeslaw
:girl_4:

WHAT DO YOU THINK OF YOUR FRIENDS?
makhluk tuhan paling seksi - wulan jameela
(spe la tuh)

:kiss:

WHAT WILL YOU POST THIS AS?
aku dan dirimu - ari lasso n bunga citra lestari

p/s: spe nk amik post ni.. amik la.....