CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Tuesday, May 12, 2009

KOnsep Perkahwinan

Hukum perkahwinan dalam Islam

1. Wajib: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan. Sekiranya tidak berkahwin, takut terjerumus kepada maksiat zina.
2. Sunat: Mereka yang mampu dari segi fizikal dan kewangan dan mempunyai keinginan untuk berkahwin . Sekiranya tidak berkahwin, tidak khuatir terlibat dengan zina.
3. Haram: Mereka yang tidak mampu dari segi nafkah zahir dan batin, atau perkahwinan yang bertujuan untuk memudaratkan isterinya.
4. Makruh: Mereka yang tidak mampu memberi nafkah kepada isterinya tetapi berkeinginan untuk berkahwin.
5. Harus: Mereka yang tidak mempunyai sebab yang mendesak untuknya berkahwin, dan tidak pula mengharamkan dia berkahwin.

hikmat perkahwinan

1. Untuk melahirkan zuriat atau keturunan yang bersih demi kebahagiaan rumah tangga. Anak yang lahir hasil perbuatan zina, nasabnya tidak diakui oleh Islam. Tetapi anak itu dilahirkan dalam keadaan suci dan bersih.
2. Memupuk perasaan kasih sayang di antara suami dan isteri, kerana fitrah manusia inginkan kasih sayang dan belaian dari orang-orang yang tertentu.

Firman Allah S.W.T:

Maksudnya : Dan antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat bahawa Dia menciptakan untuk kamu ( wahai kaum lelaki ) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya. Dan menjadikan antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan…( Surah ar-Rum: Ayat 21)

3. Mengelakkan daripada melakukan perbuatan maksiat, khususnya zina. Perkahwinan menyelamatkan seseorang daripada perbuatan zina kerana tuntutan syahwat dapat disalurkan melalui cara yang halal.
4. Menikmati ketenteraman dan kedamaian jiwa dan perasaan. Hidup sebagai suami isteri dalam sebuah rumahtangga yang aman bahagia dapat memberi kedamaian pada jiwa kerana sentiasa mendapat berkat daripada Allah S.W.T.
5. Melahirkan manusia yang bertanggungjawab dalam menjalankan amanah Allah kerana perkahwinan adalah suatu amanah yang mesti ditunaikan oleh seorang wanita. Tidak menunaikan amanah Allah akan mendapat balasan buruk daripada-Nya.

Sabda Rasulullah S.A.W:

Maksudnya : Daripada Abu Hurairah r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W.,sesungguhnya dunia ini tempat nikmat dan sebaik-baik nikmat dunia ialah wanita solehah.

(sumber: http://cybermosque.mpsj.gov.my/konsep.html)

Sesuatu pernikahan hanya akan dianggap sah apabila sempurna kelima-lima rukun nikah iaitu:

1. Lelaki
2. Perempuan
3. Wali
4. Dua orang saksi
5. Ijab dan qabul



Jika anda berminat mengenai entri ini..
Sila tinggalkan pendapat anda
Sekian Terima Kasih

0 kiss Me: