CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
Have A Lovely Day comment graphics

Thursday, December 11, 2008

Cara Memilih Shampu dan Barangan Penjagaan Rambut

RAMBUT bagaikan mahkota keanggunan penampilan setiap wanita. Dari jauh lagi wanita berambut sihat dan lebat kelihatan menarik, kelihatan muda dan jelita.

Sebaliknya sekiranya wanita muda berambut jarang, kurang sihat dan nampak kulit kepala, mereka kelihatan beberapa tahun lebih tua daripada usia sebenar. Ia berbeza dengan lelaki apabila kepala dicukur botak dianggap satu fesyen penampilan dewasa ini.

Cara memilih syampu atau barangan penjagaan rambut yang sesuai:

1. Baca senarai ramuan pada label dan elakkan ramuan pengawet seperti sebatian ‘paraben’, sebatian ‘propyl glycol’, ammonia, silikon dan pastikan kandungan SLS kurang daripada 15 peratus.

2. Pastikan syampu yang anda gunakan tidak mempunyai agen pewangi yang terlalu kuat.

3. Pastikan warna syampu dipilih itu adalah jernih dan tidak mempunyai sebatian mutiara berkilat.

4. Elakkan syampu yang mempunyai kuasa mengilatkan rambut, pelurus dan agen pendandan.

5. Elakkan pewarna rambut terkena pada kulit kepala khasnya jika pewarna rambut itu mengandungi kandungan sebatian ammonia dan hidrogen ‘peroxide’.

6. Elakkan produk penjagaan rambut dengan sebatian ‘formaldehyde’ dalam senarai ramuan pada label. Sesetengah produk menyenaraikan ‘formaldehyde’ sebagai pewarna.

7. Agen pelurus rambut dalam syampu pendandan sudah dilaporkan mendatangkan kesan mudarat kepada akar rambut.

8. Pastikan barangan penjagaan rambut yang anda pilih itu sudah diuji keselamatannya dan diiktiraf pusat penyelidikan dan klinik perubatan antarabangsa.

Faktor yang harus dielakkan bagi mengekalkan rambut sihat dan lebat:

1. Sinaran cahaya matahari terik.

2. Agen pencemaran, jerebu, asap kilang dan kenderaan.

3. Makanan laut dan kandungan ‘monosodium glutamate’ ( MSG) berlebihan dalam makanan.

4. Kulit sensitif, banyak berpeluh.

5. Syampu dengan kandungan silikon, ammonia.

6. Berkongsi sikat, tuala dan bantal yang sudah dihinggapi spora kulat dan penyakit kulit.

0 kiss Me: